Posted by: almalakawi | 18 September 2017

Tafaqquh.

Faham agama bukan semata mata dari usha sesaorang bahkan itu adalah pemberian Allah kepada siapa yg Allah kehendaki sekalipun orang tu tak ada ijazah atau diploma atau ketingalan dalam pelajaran akademik.

روى البخاري ومسلم عن مُعَاوِيَةَ بن أبي سفيان رضي الله عنهما قال: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : (مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ).

Telah meriwayat Al-Bukahari dan Muslim daripada Muawiyah b.  Abi Sufyan telah meredhai oleh Allah akan keduanya (Muawiyah dan  Abi Sufyan) telah berkata Muawiyah “Aku dengar Rasulullah bersabda (barang siapa yang Allah kehendaki dengannya kebaikan nescaya diberi faham pada agama

Syarat yang dikehendaki dalam hadis ialah menghendaki oleh Allah yakni jika Allah kehendaki pasti lulus. Allah berkuasa atas tiap tiap suatu,  dan tiada siapa yang dapat menghalanh. 

Nasihat saya kepada mereka yang gagal dalam pelajaran jangan berputusasa

Posted by: almalakawi | 17 Jun 2017

Matan hikam 13

كيف يشرق قلب صور الأكوان منطبعة في مرآته، أم كيف يرحل إلى الله وهو مكبل بشهواته، أم كيف يطمع أن يدخل حضرة الله، وهو لم يتطهر من جنابة غفلاته، أم كيف يرجو أن يفهم دقائق الأسرار وهو لم يتب من هفواته
Bagaimana dia hendak terang hati sedangkan rupa alam tercop pada cermin hati. Atau bagaimana dia hendak berjalan kepada Allah sedangkan dia terikat dengan sahwatnya atau bagaimana dia tamak hendak masuk ke hadrat Allah sedangkan dia belum bersuci daripada junub kelalayannya atau betapa dia mengharapkan bahawa dia memahami akan yang halus halus rahsia sedangkan dia belum bertaubat daripada kesalahannya.

Maksud hikmah ini والله اعلم 

1. Hati tidak akan terang selagi ia terpaut dengan dunia.

2.  Seorang itu tidak akan dapat berbuat ibadat selagi dia mengikut shawatnya. 

3. Seorang tidak akan dapat berbuat ibadat selagi dia tida bertaubat daripada kelalayan. 

4. Seorang itu tidak dapat menyelami rahsia ketuhanan selagi dia tidak bertaubat daripada dosanya.

Posted by: almalakawi | 13 Jun 2017

Matan hikam 5

اجتهادك فيما ضمن لك وتقصيرك فيما طلب منك دليل على انطماس البصيرة منك

Bersunguh sunguh engkau pada barang yg telah dijamin bagi engkau (yakni daripada rezki) dan cuai engkau daripada barang yg dituntut daripada engkau (yakni daripada ibadat)  menjadi dalil atas mati hati engkau.

Maksud hikmah ini والله اعلم setiap insan telah dijamin rezkinya tetapi masih bersunguh sunguh pada menuntutnya sedangkan mereka disuruh beribadat tetapi mereka itu cuai dari tuntutan ibadat itu, ini menjadi tanda mati hatinya.

Islam tidak melarang mencari rezki tetapi yg dicela ialah melampau pada menuntut rezki sedangkan ia cuai berbuat ibadat.

Posted by: almalakawi | 13 Jun 2017

Matan hikam 1

من علامة الاعتماد على العمل نقصان الرجاء عند وجود الزلل

 Setengah daripada alamat/tanda seorang itu berpegang dengan amalan iaitu kurang harap pada ketika ada kegelinciran/ kesalahan. 

 Maksud hikmah ini والله اعلم seorang itu apabila berpegang dengan amalan dan ushanya maka ia akan kurang harap kepada rahmat Allah apabila dia melakukan dosa.

Posted by: almalakawi | 12 Jun 2017

Matan hikam 43

“أصل كل معصية وغفلة وشهوة الرضا عن النفس، وأصل كل طاعة ويقظة وعفة عدم الرضا عنها

Asal tiap tiap maksiat dan kelalayan Dan sahwat iaitu read kepada nafsu

Dan asal tiap tiap taat dan ingat /berjaga Dan memelihara diri iaitu ketiadan read kepada nafsu. 

Maksud hikmah ini والله اعلم hawa nafsu sentiasa mengajak kepada maksiat dan lalai pada mengingati Allah.  Maka hendaklah kita sentiasa  beringat tipu daya nafsu dan tidak menurut kehendak hawa nafsu.

Posted by: almalakawi | 11 Jun 2017

Matan hikam 44

ولأن تصحب جاهلا لا يرضى عن نفسه خير لك من أن تصحب عالما يرضى عن نفسه فأي علم لعالم يرضى عن نفسه، وأي جهل لجاهل لا يرضى عن نفسه

Dan bahawa engkau berkawan akan orang yg jahil yg tidak reda akan nafsunya terlebih baik bagi engkau daripada engkau berkawan akan orang alim yg reda ia akan nafsunya. Maka dimana ilmu bagi orang alim yg reda akan nafsunya dan dimana kah kejahilan orang yg jahil yg tiada reda akan nafsunya.  Yakni adakah dinamakan alim orang yg menurut hawa nafsu dan adakh di katakan jahil orang yg tidak menurut hawa nafsu.

Maksud hikmah ini والله اعلم berkawan dengan orang yg tidak menurut hawa nafsu sekalipun dia jahil terlebih baik dari berkawan dengan orang yg menurut hawa nafsu walaupun dia alim.

Posted by: almalakawi | 10 Jun 2017

Matan hikam 53

لا تصحب من لا ينهضك حاله ، ولا يدلّك على الله مقاله

Jangan kamu bersahabat akan mereka yg tidak membangkitkan dikau taat kepada Allah oleh kelakuannya dan tidak menunjukkan dikau ke jalan Allah oleh perkataannya. 

Maksud hikmah ini والله اعلم hendaklah kamu berkawan dengan mereka yg menyebabkan kamu ingat kepada Allah apabila kamu lihat akan kelakuannya dan mereka yg menunjuk oleh perkataannya  akan kamu kepada Allah.

Posted by: almalakawi | 9 Jun 2017

Matan hikm 15

ادفن وجودك فى أرض الخمول فما نبت مما لم يدفن لا يتم نتاجه “.

Tanam wujud engkau pada bumi terbiyar. Maka barang yg tumbuh daripada ketiadaan ditanam tidak sempurna kehasilannya.

Maksud hikmat ini والله اعلم: Beramal lah dengan iklas hati jangan tujuan beramal hedak diperlihatkan kepada orang lain. Bandingannya tumbuhan yg tumbuh sendiri drngan tidak ditanam kehasilannya tidak sebaik kehasilan dari tumbuhan yg ditanam. Seperti itulah ibadat yg ditunjuk kepada orang tidak sebaik amalan yg dilakukan secara sembunyi.

Posted by: almalakawi | 9 Jun 2017

Matan hikam 51

لا ترحل من كون إلى كون فتكون كحمار الرحى يسير والذي ارتحل إليه هو الذي ارتحل عنه، ولكن ارحل من الاكوان إلى المكون، وإن إلى ربك المنتهى
Jangan lah kamu berpindah dari satu makhluk kepada makhluk yg lain maka adalah kamu itu seperti himar yg. mengisar gandum, berjalan ia dan wahal yang ia berjalan kepadanya itulah dia, yang ia berjalan daripadanya.
Tetapi hendaklah berjalan kamu daripada makhluk kepada yg menjadikannya. Sesunguhnya kepada tuhan mu tempat kesudahan.
Maksud hikmah ini والله اعلم meminta kita iklas kan hati pada ibadat. Jangan qasadkan selain Allah jika tidat kamu itu seolah olah seperti himar yg mengisar gandum yg hanya berkeliling disekitar pengisar, tidak kemana contohnya seorang yg beribadat kerana takut diambil tindakkan undang undang jika dia meningalkannya dan kemudian dia qasadkan ibadatnya itu kerana hendak masuk ke surga sedang kan ke dua duanya makhluk Allah . Sepatutnya tujuan ibadat kita semata mata kerana Allah bukan kerana makhluk

Posted by: almalakawi | 14 Januari 2017

Nahu pdf

nahu-pdf

Older Posts »

Kategori